Pernyataan Privasi – Penyata Tambahan Malaysia

1. Pengenalan

Penyata Tambahan Malaysia merupakan sebahagian daripada Penyata Privasi untuk apa-apa maklumat peribadi yang dikumpulkan atau diuruskan di Malaysia oleh Hewlett Packard Enterprise. Pernyataan Tambahan Malaysia dan Penyata Privasi bersama-sama membentuk dasar privasi Malaysia.

2. Apakah yang akan berlaku jika kami tidak dapat mengumpul maklumat peribadi anda?

Dalam kebanyakan keadaan, anda diperlukan memberi kami maklumat peribadi anda. Jika anda tidak memberikan kami maklumat peribadi tersebut, sebahagian atau semua yang berikut mungkin berlaku:

  • Kami mungkin tidak dapat menyediakan produk atau perkhidmatan yang telah anda minta, sama ada dengan taraf yang sama atau tiada sama sekali;
  • Kami mungkin tidak dapat menyediakan anda dengan maklumat yang anda mungkin mahu, termasuk maklumat mengenai diskaun, jualan atau promosi istimewa; atau
  • Kami mungkin tidak dapat menyesuaikan kandungan laman web kami kepada pilihan anda dan pengalaman anda di laman web kami mungkin tidak seseronok atau berguna.


Apabila mengumpul maklumat peribadi anda, kami akan menyatakan sama ada pembekalan maklumat peribadi adalah secara sukarela atau wajib.

3. Maklumat Hubungan Tambahan

Jika anda mempunyai komen atau soalan mengenai Pernyataan Privasi HPE ini atau Penyata Tambahan kepada Pernyataan Privasi ini, atau jika anda mempunyai sebarang masalah atau aduan privasi yang berkaitan, atau jika anda ingin meminta kami mengehadkan pemprosesan maklumat peribadi anda, sila hubungi Pejabat Privasi HPE melalui emel di hpeprivacy@hpe.com atau melalui pos di:

4. Perubahan kepada Pernyataan

Jika kami mengubah Penyata Tambahan Malaysia kepada Pernyataan Privasi ini, kami akan menyiarkan Penyata Tambahan yang disemak semula di sini, dengan tarikh dikemaskini. Jika kami membuat perubahan ketara kepada Penyata Tambahan tersebut yang akan mengubah secara material amalan privasi kami, kami juga boleh memberitahu anda dengan cara lain seperti menghantar emel atau menghantar suatu notis di laman web korporat kami dan/ atau laman sosial media sebelum perubahan berlaku.

Penyata Tambahan ini terakhir dikemaskini pada 01 November 2015.