Kenyataan Privasi

HP menghormati privasi anda

HP dan anak syarikatnya menghormati privasi anda. Kenyataan Privasi ini memaklumkan anda tentang amalan privasi kami dan pilihan yang boleh dibuat mengenai cara maklumat mengenai anda, termasuk daripada aktiviti dalam talian anda dikumpulkan dan bagaimana maklumat itu digunakan oleh HP. Kenyataan ini tersedia di laman utama HP.com kami dan di bahagian bawah setiap laman web HP.

 

HP merupakan penaja pengasas bagi Program Privasi Dalam Talian Majlis Biro Perniagaan Lebih Baik dan merupakan Perniagaan Diakreditasi BBB. Amalan privasi HP selaras dengan Kod Amalan Perniagaan BBB dan kami bangga memaparkan cap BBB.

 

 

Dalam menghasilkan dasar privasi dan standard HP, kami menghormati dan mengambil kira prinsip dan rangka kerja penting dari seluruh dunia, termasuk Garis Panduan OECD tentang Perlindungan Privasi dan Aliran Rentas Sempadan, Arahan EU 95/46/EC, Rangka Kerja Privasi APEC, dan Resolusi Madrid tentang Standard Privasi Antarabangsa dan Prinsip Principal Australia dibawah Akta Privasi 1988.

HP mematuhi rangka kerja Penyimpanan Selamat AS – EU dan rangka kerja Penyimpanan Selamat AS - Switzerland seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Perdagangan AS berkenaan pengumpulan, penggunaan dan pengekalan data peribadi dari negara Kesatuan Eropah dan Switzerland. HP telah memperakukan bahawa ia mematuhi Prinsip Privasi Penyimpanan Selamat mengenai notis, pilihan, pemindahan berikut, keselamatan, integriti data, akses dan penguatkuasaan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Penyimpanan Selamat, dan untuk melihat perakuan HP, sila lawati http://www.export.gov/safeharbor/. HP juga telah mewujudkan satu peraturan korporat yang mengikat ("BCR"), yang telah diluluskan oleh majoriti Pengawal Atur Perlindungan Data di EEA dan Switzerland, berkuat kuasa pada Jun 2011. BCR memastikan bahawa data peribadi dari EEA dilindungi dengan secukupnya sementara sedang diproses oleh mana-mana entiti global HP.

 

HP telah menerima Cap Privasi TRUSTe APEC yang melambangkan bahawa kenyataan privasi ini dan amalan kami telah disemak untuk kepatuhan terhadap program TRUSTe yang boleh dilihat pada halaman pengesahan yang tersedia dengan klik cap TRUSTe dan aplikasi mudah alih yang mengandungi pautan ke kenyataan privasi ini. Amalan privasi HP yang diterangkan dalam Kenyataan ini mematuhi Sistem Peraturan Privasi Merentas Sempadan APEC (CBPR), termasuk ketelusan, akauntabiliti dan pilihan mengenai pengumpulan dan penggunaan maklumat peribadi anda. Pengesahan CBPR tidak meliputi maklumat yang mungkin dikumpulkan melalui apa-apa perisian yang dimuat turun menggunakan platform pihak ketiga.

Jika anda mempunyai persoalan tentang privasi atau penggunaan data yang berkaitan dengan Pengesahan APEC HP yang belum lagi ditangani sewajarnya oleh kami, sila hubungi TRUSTe

 

Validate TRUSTe privacy certification